Selasa, 17 Februari 2009

SEJARAH SEKOLAH


SK. Saga-saga Membakut telah ditubuhkan pada 6hb Januari 2003. Sekolah ini terletak kira-kira 10KM dari Pekan Membakut dan merupakan kawasan luar bandar. Memandangkan lokasi sekolah terletak di Kampung Saga-Saga, maka sekolah ini telah diberi nama SK Saga-Saga Membakut. Tanah yang mempunyai keluasan 15 ekar ini menempatkan sebuah sekolah yang terluas antara sekolah-sekolah rendah di daerah Membakut. Kos biaya sekolah ini dianggarkan sebanyak RM19 juta termasuk rumah guru sebanyak 24 unit.


Sekolah ini mula beroperasi pada 7hb Januari 2003 bersama sekumpulan guru-guru seramai 17 orang diketuai oleh guru besar Encik Yussof Mattaim. Beliau berkhidmat di sekolah ini sehingga 30hb Januari 2005 dan kemudian telah berpindah ke Kota Kinabalu kerana dinaikkan pangkat. Tempat beliau diganti oleh guru besar dari SK Bandau iaitu Encik Ahmad Hj Bidin sehinggalah sekarang.

1 ulasan:

WMM berkata...

Salam sejahtera. Anda dijemput untuk melayari Laman Web Komuniti Membakut:
http://www.membakut.info

Penyertaan anda amat dialu-alukan. Terima kasih.