SEKAPUR SIRIH

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Saga-Saga Membakut Sabah.
En Sulaiman Bin Ahmad


Assalamualaikum Wrt. Wbt. dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah di atas keizinan yang diberikan oleh Allah SWT serta Rahmat dan Kasih Sayang Nya. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana kalian sudi singgah di blog sekolah ini.
Selaku Guru Besar, saya turut berasa bangga dengan pencapaian anak-anak Tuan-Puan. Oleh itu, teruskanlah kecemerlangan yang dicita-citakan kerana kejayaan dan kecemerlangan bukanlah suatu destinasi tetapi suatu perjalanan dan kembara yang tidak ada batas sempadannya. Maksudnya, kecemerlangan hendaklah menjadi budaya dan mendarah daging dalam setiap aspek kehidupan dan tidak terhenti setelah kita menamatkan zaman persekolahan sahaja.
Untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan perlulah ada kesepakatan dan kerjasama pelbagai pihak. Di peringkat sekolah, kita telah melakukan yang terbaik selaras dengan etika dan Piagam Pelanggan Perkhidmatan Pendidikan. Justeru, gandingan mantap daripada Ibu Bapa, keluarga dan masyarakat sekeliling amat diperlukan supaya matlamat pendidikan untuk melahirkan generasi bagi mengisi wawasan negara akan tercapai.Saksikanlah beberapa aktiviti yang sekolah ini telah laksanakan untuk memberikan pengetahuan kepada semua murid SK Saga-Saga Membakut.
Akhirnya, sekalung penghargaan turut diucapkan kepada warga PIBG SK Saga-Saga Membakut Sabah, semua guru-guru dan kakitangan sokongan sekolah kerana tidak jemu-jemu membantu dari segi material dan sokongan moral hingga kita berjaya menganjurkan majlis seumpama ini. Segala jasa dan budi baik Tuan Puan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.

Sekian. Saya sudahi dengan lafaz Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Terima kasih.
Encik Sulaiman Bin Ahmad
Guru Besar SK Saga-Saga Membakut
2017-