Memaparkan catatan dengan label Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sekolah. Papar semua catatan

Ahad, 23 Jun 2019

sambutan raya 2019

Tahniah kepada warga SKSS dan PIBG 2019 kerana telah berjaya melaksanakan aktiviti sambutan rumah terbuka aidilfitri 2019.






Khamis, 17 Januari 2019

Merentas desa peringkat daerah beaufort.

Tahniah kepada adik Rahim mewakili skss acara merentas desa peringkat daerah Beaufort telah berjaya mendapat tempat ke enam sekaligus layak ke peringkat negeri di Kota Marudu.

Rabu, 16 Januari 2019

Dialog prestasi 1 Tahun 6 2019

Terima kasih atas keprihatinan ibu bapa calon UPSR 2019. Semoga calon upsr 2019 ini cemerlang bidang pelajaran.





9. Kehadiran sangat membanggakan.


Rabu, 2 Januari 2019

Hari pertama di sekolah 2019

Antara gambar yang dapat dilihat pada hari pertama persekolahan bagi murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Saga-Saga Membakut sesi 2019.











Selasa, 23 Oktober 2018

Hari Sukan Negara 2018

SKSS telah mengadakan hari sukan negara dengan jayanya. Pelbagai aktiviti telah diadakan agar semua warga skss sihat sejahtera.




Selasa, 5 April 2016

Jerebu April 2016 (RTM)


Pegawai PPD Beaufort En Ahmadseh diitemubual oleh RTM sabah di SKSS kerana jerebu menyebabkan sekolah ditutup dua hari namun guru-guru masih bertugas.

Isnin, 3 Januari 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011




Hari ini 3 jan 2011 (isnin) hari pertama ke sekolah. Berjumpa rakan sekerja dan pelajar yang dikasihi.
Hari pertama, semua guru berjaya hadir sebelum jam 7 pagi..pelajar juga halnya. hadir ke sekolah seawal jam 6.30 am. Tahniah..azam barulah.

Seperti biasa 7.10 am perhimpunan pagi sekolah.
7.40-1.00 pm program motovasi UPSR 2011
7.40-12.00 pm program transisi pelajar tahun 1
1.30-4.00 pm mesyuarat pertama 2011

                                                  Perhimpunan

                                                   program motivasi 2011

                                                Mesyuarat pertama 2011

Sabtu, 27 November 2010

Selamat bercuti...Jumpa nanti di tahun 2011

Pengumuman...jumpa nanti pada 3/1/2011 bersamaan hari isnin...dengan wajah ceria, azam baru, semangat baru dan apa-apa yang barulah.

Jumaat, 19 November 2010

Hari terakhir ke sekolah 2010

Pada hari ini 19/11/2010 Jumaat adalah hari terakhir persekolahan bagi sesi 2010. Semoga semua warga SKSS mencapai impian ditahun 2010 ini. Apa pun, kita jumpa tahun 2011 nanti dengan harapan yang tinggi. Dengan azam yang tinggi  yeah !!!!!!!!!!

Isnin, 1 November 2010

Pengembalian buku teks

Pada hari ini 1/11/2010 sehingga 4/11/2010 proses pengembalian buku teks diadakan. Tahniah kepada yang berjaya mengembalikan semua buku. Kepada yang terhilangkan buku tu terpaksalah mengganti dengan cara membayar atau menggantikannya dengan buku teks yang sama(boleh beli di kedai buku)

Khamis, 18 Mac 2010

Selamat Datang Warga Sk Saga-Saga Baru

Selamat menjadi warga SK Saga-Saga. SK Saga-Saga telah menerima orang kakitangan baru iaitu 3 orang guru pendidikan khas dan seorang juruteknik komputer, Cik Norhapizah Pitlee, Pn Nur Ezra Mohd Noor, Cik Amy Nora Ali dan Cik Mazzatul Akhmam Baharim.
Diharap dapat menyumbangkan sepenuh tenaga untuk menaikkan kecemerlangan sekolah dari segi pencapaian dan perkhidmatan.

SELAMAT BERKHIDMAT...

Selasa, 17 Februari 2009

SEJARAH SEKOLAH


SK. Saga-saga Membakut telah ditubuhkan pada 6hb Januari 2003. Sekolah ini terletak kira-kira 10KM dari Pekan Membakut dan merupakan kawasan luar bandar. Memandangkan lokasi sekolah terletak di Kampung Saga-Saga, maka sekolah ini telah diberi nama SK Saga-Saga Membakut. Tanah yang mempunyai keluasan 15 ekar ini menempatkan sebuah sekolah yang terluas antara sekolah-sekolah rendah di daerah Membakut. Kos biaya sekolah ini dianggarkan sebanyak RM19 juta termasuk rumah guru sebanyak 24 unit.


Sekolah ini mula beroperasi pada 7hb Januari 2003 bersama sekumpulan guru-guru seramai 17 orang diketuai oleh guru besar Encik Yussof Mattaim. Beliau berkhidmat di sekolah ini sehingga 30hb Januari 2005 dan kemudian telah berpindah ke Kota Kinabalu kerana dinaikkan pangkat. Tempat beliau diganti oleh guru besar dari SK Bandau iaitu Encik Ahmad Hj Bidin sehinggalah sekarang.