Selasa, 3 Mei 2011

Seorang pelajar perempuan tahun satu meninggal dunia

Pada hari ini bersamaan 5/3/2011 hari selasa...sekolah digemparkan dengan berita kematian seorang pelajar perempuan tahun satu. Mengikut maklumat dari orang ramai, adik tersebut terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Mandahan. Ayahnya terkorban dalam kemalangan tersebut. Manakala ibu, adiknya dan abnagnya masih dalam keadaan kritikal. Semoga mereka akan sembuh. Pada hari ini juga semua pelajar dan guru terasa akan kehilangan adik tersebut.



Pada jam 11.00 pagi satu bacaan surah Yassin secara beramai-ramai telah diadakan di Pusat Sumber sekolah. Bacaan diketuai oleh En Abd Malik Bin Abd Rahman. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Amin
Salam takziah dari kami warga SK Saga-Saga Membakut kepada keluarga mereka.

Tiada ulasan: