Selasa, 18 Mei 2010

Hari Guru SK SAGA-SAGA 2010

Pada 17 Mei 2010, semua guru dikejutkan dengan sambutan hari guru peringkat sekolah. Aktiviti ini dianjurkan oleh AKS dengan bantuan pelajar-pelajar tahap 2(khususnya tahun 6). Antara tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk menghargai jasa guru yang sentiasa bekerja keras memajukan sekolah SK Saga-Saga. Walaupun terkejut, tetapi semua guru amat gembira dengan sambutan tahun ini. Tahniah AKS saga-saga kerana berjaya membuat semua guru terkejut kerana adanya sambutan hari guru 2010 ini. Berbagai aktiviti telah dirancang, antaranya anugerah guru popular, guru harapan, guru inovatif, guru cemerlang dan jasamu dikenang. Namun, apa yang mengejutkan lagi adalah , guru dibahagikan kepada 3 kumpulan dan seterusnya melakonkan babak drama pendek secara spontan berdasarkan tema yang telah disediakan. Semoga tahun hadapan  akan ada lagi kejutan buat guru-guru. Tahniah AKS!!!!

klik video untuk melihat

Tiada ulasan: