Khamis, 25 Februari 2010

Kejohanan Olahraga Peringkat Zon Membakut

Kejohanan olahraga zon Membakut telah diadakan pada 24/02/10 di SK Saga-Saga dan Sk Pekan Membakut sebagai tuan rumah. Pemilihan SK Saga-Saga sebagai tempat berlangsungnya acara berikutan tuan rumah tidak mempunyai kemudahan padang untuk kejohanan. Kejohanan selama 2 hari ini menampilkan wakil-wakil atlet dari semua sekolah daerah Membakut. Kejohanan ini bertujuan untuk memilih atlet untuk mewakili membakut pada kejohanan sukan olahraga peringkat daerah Beaufort. Membakut menjadi tuan rumah kejohanan dan sekali lagi SK Saga-Saga dipilih sebagai tempat berlangsungnya kejohanan itu nanti. Pada kejohanan kali ini, SK Tamalang mengungguli tempat pertama dengan kutipan 4 emas, SK Pekan tempat kedua dan SK Binsulok tempat ketiga. SK Saga-Saga mendapat naib johan tewas kepada SK Pengiran Jaya dalam acara perbarisan. Adik Sahrihan, adik Norizan dan adik Siti Syafiqah dari SK Saga-Saga antara atlet yang terpilih untuk mewakili zon Membakut di kejohanan peringkat daerah Beaufort nanti.

Tahniah diucapkan kepada yang terpilih. Diharap atlet-atlet ini dapat mengharumkan nama membakut seteruskan nama Sk Saga-Saga pada kejohanan itu nanti. syabas!!!




Jumpa di kejohanan peringkat daerah Beaufort nanti...!!!





From Sukan Peringkat Zon Membakut 2010

Kem saga-saga

From Sukan Peringkat Zon Membakut 2010
Pasukan perbarisan
From Sukan Peringkat Zon Membakut 2010
Antara atlet saga-saga yang memperolehi pingat

Tiada ulasan: