Khamis, 18 Februari 2010

S-I-R

Pertandingan ejaan bahasa inggeris (Spell-it-right) telah diadakan pada 18 Febuari bertempat di dewan Seri Pimping Membakut. Beberapa buah sekolah dalam daerah Membakut telah menghantar wakil, termasuklah SK Saga-Saga yang diwakili oleh adik Siti Zanariah dan adik Hanaki yang masing-masing mewakili tahap 2 dan 1. Dalam pertandingan tersebut, peserta diuji untuk mengeja perkataan yang diberikan dalam tempoh masa yang tetapkan. Rata-rata peserta mampu mengeja perkataan bahasa inggeris dengan betul menunjukan tahap penguasaan peserta yang baik. Upacara penutupan serta penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk hj Ariffin Arif selaku ADUN N 24 Membakut. Dalam ucapan, beliau amat berbesar hati dalam penganjuran pertandingan seumpama itu dan berharap pertandingan seperti itu akan diadakan setiap tahun. SK Saga-Saga yang mendapat tempat ketiga bagi tahap 2 dan tempat kedua bagi tahap 1. Majlis tersebut juga telah diserikan oleh persembahan kumpulan coral speaking dari SK Saga-Saga dan SK Pengiran Jaya Pimping.



From S-I-R
Pn Nainie bersama penyokong SK Saga-Saga

From S-I-R
Adik Zanariah di tempat ke-3 tahap 2

From S-I-R
Adik Hanaki di tempat ke-2 tahap 1

From S-I-R
Para peserta bergambar bersama YB Datuk Ariffin

From S-I-R
Peserta Sk Saga-Saga dan guru pengiring

From S-I-R
Persembahan dari Sk Saga-Saga

Tiada ulasan: