Selasa, 11 Ogos 2009

Positif H1N1 di SK Saga-Saga

Pada hari ini...10 Ogos 2009 bersamaan hari Isnin sekolah SK Saga-Saga Membakut digemparkan dengan berita seorang pelajar yang telah disahkan kena jangkitan virus H1N1. Dengar khabar disahkan positif oleh hospital beaufort. Nama pelajar dirahsiakan demi kepentingan peribadinya.

Dengan tersebarnya berita ini secara sms dan call oleh ibubapa telah menyebabkan timbul rasa gerun hendak ke sekolah. Berikutan daripada tersebarnya berita ini menyebabkan ramai ibu bapa yang telah mengambil anak mereka untuk dibawa pulang ke rumah. Langkah ini diambil oleh beberapa ibu bapa bagi mengelakkan ankn mereka daripada terkena jangkitan virus ini. Ekoran daripada itu, sekolah menjadi lengang. Aktiviti membawa anak pulang ini berlaku sekitar jam 7.20 hinggalah jam 10 lebih.Walau bagaimanapun, sekolah akan dibuka seperti biasa. Belum ada pengumuman penutupan sekolah. Namun, akibat daripada perkara ini dijangkakan sebilangan ibu bapa pasti tidak akan menghantar anak mereka ke sekolah esok bersaman 11 ogos 2009. Ini adalah langkah berjaga-jaga yang diambil oleh ibu bapa.

Apa pun..yang menjadi tanda tanya sekarang..bagaimanakah..dimanakah..pelajar ini dijangkiti virus ini. Adakah semasa dia berada di kampung...atau di sekolah..ataupun dia terkena jangkitan virus ini ketika berada di hospital.

Pesanan saya...jaga kebersihan diri, pakai topeng.

Tiada ulasan: