Khamis, 2 April 2009

Cuti Rehat Untuk Guru

KEMUDAHAN CUTI UNTUK GURU 2

CUTI REHAT KHAS DAN PENGUMPULANNYA BAGI TUJUAN PEMBERIAN WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN


LATAR BELAKANG

1) Kerajaan telah bersetuju bahawa:
a) Cuti Sambilan tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalendar; dan
b) Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat bagi pegawai yang layak.

CUTI REHAT KHAS
2) Kelayakan Cuti Rehat Khas
a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang layak adalah:
· Semua pegawai yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal atau cuti semester di Sekolah atau Institusi Pelajaran dan Pengajian Tinggi;
· Guru Sandaran Terlatih; dan
· Guru Kontrak

3) Peraturan Dan Syarat Cuti Rehat Khas
a) Dalam menimbang pemberian kemudahan Cuti Rehat Khas, pihak yang meluluskan hendaklah memastikan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di Sekolah serta di Institusi Pelajaran dan Pengajian Tinggi tidak terjejas.
b) Kuasa yang meluluskan permohonan Cuti Rehat Khas ialah:
· Pengetua/Guru Besar bagi pegawai yang mengajar di Sekolah;
· Ketua Institusi Pelajaran dan Pengajian Tinggi di mana pegawai tersebut bertugas; dan
· Pegawai yang diberi kuasa semasa ketiadaaan pegawai di perenggan 4(b)(i) dan 4(b)(ii).
c) Pegawai hendaklah mengemukakan permohonan Cuti Rehat Khas kepada pegawai di perenggan 4(b)(i), (ii) dan (iii).
d) Pengambilan Cuti Rehat Khas adalah ditetapkan seperti berikut:
· Bilangan hari Cuti Rehat Khas yang layak diambil oleh pegawai adalah berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan yang melayakkan adalah seperti tafsiran Perintah Am 1 (ix) Bab C; dan
· Kemudahan Cuti Rehat Khas ini adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja. Baki Cuti Rehat Khas yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya.

PEMBERIAN WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT
4) Kelayakan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat
a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang layak adalah pegawai yang layak Cuti Rehat Khas seperti di perenggan 3(a)(i) termasuk:
· Pegawai yang meninggal dunia pada atau selepas 1 Mac 2004; dan
· Pegawai yang bersara pada atau selepas 2 Mac 2004.

5) Pengumpulan Cuti Rehat Khas Bagi Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat.
a) Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan boleh dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat pada setiap tahun.
b) Cuti Rehat Khas yang dikumpul bagi Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini boleh dicantum dengan Cuti Rehat yang dikumpul bagi Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2003.
c) Pengumpulan Cuti Rehat Khas bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat hendaklah mendapat pengesahan Ketua Jabatan setiap tahun. Pengesahan ini hendaklah dicatatkan dalam Kenyataan Cuti, Buku Rekod Perkhidmatan pegawai.
d) Sepanjang perkhidmatan seseorang pegawai, jumlah keseluruhan Cuti Rehat Khas dan Cuti Rehat yang dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat hendaklah tidak melebihi 120 hari.

Tiada ulasan: